Ni lah biskut yg saya buat hari ni hehehe simple jak |
Bahan-bahan :
500g mentega ( ptong dua saja tu mentega pek sbb beratnya 1kg )
2½ cawan gula aising ( ni blh letak ikut suka. Mau manis btul ataupun tidak )
4 biji kuning telur
½ pek tepung kastard
½ pek tepung jagung
1 pek tepung gandum
2 botol jem strawberry ( saya guna jenama Sunstar )
Air ( utk lembutkan adunan )
Cara Buat :
1. Adun kuning telur bersama dengan mentega.
2. Masukkan gula aising, tepung kastard, tepung jagung & susu tepung. Adun semuanya bersama. Letakkan air supaya adunan lembut tapi jgn terlalu cair.
3. Ambil sedikit adunan tadi, letakkan dlm bekas adunan yg lain. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit smpai adunan jadi doh ( jgn keras btul, nanti biskut tu jadi biskut tahan banting haha ).
4. Doh tadi tu suda blh dicetak mengikut citarasa masing2 hehe lepas cetak, letaklah jem strawberry atas doh yg dicetak.
5. Siap cetak, blh bakar ( saya bakar dlm oven kmpung tu jak )
6. Selesaikan adunan yg blm dicetak menjadi doh mcm langkah 3 tdi.. ( saya adun jadi doh sikit demi sikit sbb klu adun semua, ndak larat tgn ni mau meramas doh hehe )
Hasilnya blh dpt dlm 3 bekas atau lebih hihi |
~ p/s :: Saya ndak pndai btul pun buat biskut mcm ni. Atas tnjuk ajar mama jg hehehe klu ada soalan, blh tinggalkan dlm ruangan komen.. Selamat mencuba.
Best regards,
mesti sedap.dah lama i cari resepi ni bcoz my son love this cookies so much
ReplyDeleteMudahan menjadi ya sis :)
Delete